Review: Noestalgya / Delusi - Ruang Hampa Split 2016


DELUSI / NOESTALGYA - Ruang Hampa SPLIT 2016 merupakan sebuah split yang menggabungkan one man Dark Ambient kelam dan sepi dari dua negara iaitu Delusi dari Malaysia dan Noestalgya dari Indonesia. Split ini menghimpunkan masing-masing menyumbangkan 5 lagu dari Delusi dan 4 lagu dari Noestalgya.

Split ini diawali oleh Delusi yang diterajui oleh Jiwa seorang diri bersama lagunya Inkarnasi yang pertama lalu kedua Pancarona dan ketiga Suaraga yang agak kelam dan meresahkan buat pendengarnya, ruang atmospera terpecahkan oleh alunan yang mendayu-dayu yang tiada berpenghujung, keras dan bising, getaran jiwa terganggu dan rintihan dari suara-suara yang tidak aman dan penuh tanda tanya, turut disertakan lagu ke empat dan kelima iaitu Halusinasi dan Semalam sebagai penutup untuk persembahan Delusi. Penyampaian muzik Dark Ambient yang cuba ditafsirkan Delusi sebagai muzik yang bersuarakan alam, perasaan hati, meditasi, dan spiritual ini amat menyakinkan dan sangat mudah dinikmati buat para pencinta Dark Ambient yang inginkan terapi jiwa yang berbeza.

Noestalgya pula merupakan Indonesian One Man Dark Ambient yang dikendalikan sendiri Abdul Dark yang sangat misteri yang hanya menggunakan perincian piano dengan tune yang perlahan menyumbangkan 4 buah lagu mereka diantaranya ialah Tanpa Ucapan Selamat Tinggal dan Menyiksa Diri untuk lagu ke lapan dalam susunan split ini, Noestalgya mempersembahkan lagu-lagu mereka dalam kekecewaan yang paling dalam, bunyian pianonya yang disentuh satu persatu dengan penuh perasaan, membangkitkan rasa seram dan gelisah buat pendengarnya, bunyiannya yang agak membimbangkan itu berjaya membuatkan kita tercari-cari siapa bersama kita disaat kita bersendirian, seterusnya Noestalgya mempersembahkan lagu ke lapan dan terakhir yang kesembilan iaitu Keheningan Yang Menyiksa dan Kehampaan Relung Djiwa yang jelas menunjukkan Noestalgya membawa tema keputus-asaan, kekecewaan, menyalahkan diri sendiri, negatif dan sensitif tentang diri sendiri yang jelas Noestalgya punya ilham dari band-band bergenrekan DSBM yang membawa tema yang sama untuk di dendangkan di dalam lagu mereka dalam suasana yang berbeza tetapi dapat merasakan sesuatu yang sama dari band DSBM.

Akhir kata, DELUSI / NOESTALGYA - Ruang Hampa SPLIT 2016 ini sangat bagus untuk dinikmati walaupun saya sendiri baru terima CD mereka setelah hampir 3 tahun mereka melancarkan split ini, sebuah split yang sangat menarik, walaupun gaya muziknya semuanya kelihatan sama yang agak bising dan menenangkan tetapi ada kejadian yang tersembunyi dibalik jalan cerita yang mereka sampaikan kerana lagu-lagu mereka ada kaitan dengan kehidupan disekeliling kita dan semuanya bercerita tentang kisah benar. Split ini tidak memerlukan suara atau vokal untuk berkata bahawa lagu mereka sangat menyedihkan, kehampaan untuk diceritakan, cukup kalian mendengar dengan taat, teliti dan hayati dengan bersungguh-sungguh, kalian akan dapat serta faham jelas apa yang mereka ingin sampaikan.

Selamat maju buat Delusi dan Noestalgya, teruslah berkarya menghasilkan lagu-lagu yang hebat dan menarik, ada yang sudi mendengarnya dan menginspirasikan kalian berdua.. Kalian ada penggemar yang tersendiri, dan paling setia menemani projek kalian berdua buat selama-lamanya.

Review by Syabil Syamsudin, 7 Julai 2018